Selain terkenal dengan keagungan sejarah sehingga digelar sebagai "Bandaraya Bersejarah Dunia", Melaka juga terkenal dengan pelbagai lagi tempat- tempat yg pastinya menjadi tumpuan dan perhatian para pelancong. Antaranya pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan daripada yang berjenama sehinggalah ke barangan mampu milik. Selain itu Melaka juga terkenal dengan tempat-tempat yang memberi informasi kepada para pengunjung antaranya Mini Malaysia dan tidak asing lagi Zoo Melaka.
ZOo Melaka
Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat
tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu
di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan
Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang
tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies
binatang yang kini diancam kepupusan.
Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah,
binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering
dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang
yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati
keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran
pengunjung muda zoo.
Tarikan
lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung
boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari
jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16
spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar
ini.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM10.00

Persembahan Pelbagai Haiwan:
Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang)
Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi)
(2 petang - 3 petang)
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang
Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
- dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
- masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
- bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)
Sekiranya berkesempatan singahlah melawat haiwan-haiwan yang terdapat disini.
No comments:
Post a Comment