Sejarah

                       

                       "Sejarah Semalam Membentuk Sejarah Hari Ini"



Rumah Warisan Klebang Besar merupakan salah sebuah rumah tradisional yang masih terdapat di negeri Melaka. Rumah ini diwariskan oleh Allahyarhammah Rabiah Binti Hj Mat kepada anak-anak dan keturunannya. Sebenarnya rumah diwarisi oleh Allahyarhammah daripada ayahandanya yang merupakan tulang belakang kepada pembinaan rumah yang memilik 1001 keunikan dan nilai seni dan budaya. Usia rumah ini dikhabarkan telah melebihi 100 tahun, namun begitu oleh kerana aspek kehalusan dan ketelitian pembina rumah ini telah menjadikan rumah ini masih utuh berdiri sehingga ke hari ini. Rumah ini dijangka telah dibina sekitar tahun 1920an.


Rumah yang beralamat di no. 3764-C batu 3 1/2 Klebang besar, 75200 Melaka terletak berhampiran dengan Pantai Klebang yang kini menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Rumah warisan ini juga masih lagi dipelihara dan dipulihara dari sebarang bentuk kemusnahan oleh 3 orang anak Allahyarhammah Rabiah yang masih lagi mendiami rumah ini sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment