Thursday, March 22, 2012

Air Kelapa Goncang...


      (Sumber Dari.. Mr Google...) 

Apabila anda sampai di Klebang, antara minuman yang menjadi tarikan pelancong seluruh Malaysia ialah coconut shake. Coconut shake di sini mempunyai resepi rahsia yang tersendiri sehingga mampu menarik ramai pelancong untuk singgah dan merasai kesedapan Coconut Shake Klebang. Tempatnye yang strategic terletak di tepi jalan menghala ke Pantai Klebang. Bukan hanya pada hujung minggu tempat ini menjadi persinggahan orang ramai, tetapi apabila hari biasa tempat ini tetap menjadi tumpuan orang ramai. Ramai yang sanggup berberatur panjang untuk merasai keenakan Coconut Shake Klebang. Tempat ini telah menjadi  antara tempat yang wajib di singgah apabila berkunjung ke Melaka kerana tempat ini tidak jauh dari Bandar Melaka. Hanya 15 minit jarak antara Melaka ke Klebang. Jadi itu tidak menjadi masalah kepada pelancong untuk mencuba coconut shake. Harga secawan coconut shake biasa ialah RM1.80 manakala jika pelanggan ingin yang istimewa hanya perlu menambah Rm0.60 iaitu penambahan ice cream. Harganya yang berpatutan dan rasanya yang sedap membuatkan pelanggan tidak putus-putus dating ke garai ini. Kepada belum mencuba anda disarankan untuk merasai coconut shake di Klebang Besar.


 Sumber Dari Mr. Google..

Kekalkan Tradisi Lama.

Semua pada hari ini serba serbi moden. Makanan pun semakin moden dan caggih dicipta. Jika kita tanya pada nenek dan atok macam mana kehidupan mereka sebelum dan selepas merdeka pasti pelbagai cerita menarik yang tidak pernah kita dengar akan mereka ceritakan. Selalu juga, ungkapan seperti "budak budak sekarang ni moden, perangai pun moden", perangai pun boleh jadi moden? Pelik. Tapi itu realiti kehidupan. Mereka yang dari generasi atok nenek kita lebih banyak dan luas pengalaman hidup mereka yang telah mereka harungi. Justeru, pasti akan ada setiap perubahan yang berlaku dari masa ke masa. 

Rumah sekarang ni semuanya batu, reka bentuk dan ciptaan pun moden. Jarang sekali di bandar raya Kuala Lumpur dapat melihat rumah yang masih mengekalkan tradisi lama. Mungkin ada, tapi boleh dikira jumlah bilangannya. Paling baru, rumah di Kuala Lumpur semuanya 'tinggi-tinggi' belaka. 'Tinggi-tinggi'? yer, tinggi! Dari pandangan mata ini kebanyakan rumah di ibu kota semuanya berkonsepkan apartment. Sebab, di ibu kota mungkin keluasan tanah atau tapak tidak cukup jika hendak membuat rumah sebuah. Jadinya, kebanyakan rumah di ibu kota berkonsepkan 'tinggi-tinggi' iaitu, Apartment atau Kondominium atau Pangsapuri. 


contoh kondominium di ibu kota yang tinggi dan sangat moden rekaan serta ciptaannya, ada nampak tak rekaan tradisi lama pada gambar ini? sumber gambar mr.google.

Cuba kita cetuskan balik idea pada para arkitek untuk mengekalkan konsep rumah melayu tradisional. Bukan tidak cantik rekaannya, cantik serta ada ciri-ciri dan daya penarik pada setiap rumah tradisional ni. Jika tidak, kenapa pelancong dari luar negara akan tertarik dengan keunikan rekaan rumah tradisional ini. Bahkan mereka memuji dan terpegun dengan keunikan dan ciri tradisional yang terdapat pada setiap rumah. Oleh itu, cuba kita ubah 'mindset' dalam mengekalkan ciri rekaan rumah dari moden ke rekaan tradisional. Pasti kelainan yang diperoleh itu ada manfaatnya. 



Sunday, February 26, 2012

Meneroka Alam Haiwan...

Selain terkenal dengan keagungan sejarah sehingga digelar sebagai "Bandaraya Bersejarah Dunia", Melaka juga terkenal dengan pelbagai lagi tempat- tempat yg pastinya menjadi tumpuan dan perhatian para pelancong. Antaranya pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan daripada yang berjenama sehinggalah ke barangan mampu milik.  Selain itu Melaka juga terkenal dengan tempat-tempat yang memberi informasi kepada para pengunjung antaranya Mini Malaysia dan tidak asing lagi Zoo Melaka.


ZOo Melaka 

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan. 

Zoo Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi zoo kedua terbesar di negara ini. Zoo yang terletak lebih kurang 13 km dari pusat bandar Melaka ini merupakan zoo yang pertama di rantau ini yang mempamerkan hidupan liar terancam.Tarikan utama spesies-spesies hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo semasa, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau. 



Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo. 

Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.

Bayaran Masuk:

Dewasa RM10.00
zoo2Kanak-kanak RM4.00

Persembahan Pelbagai Haiwan:
Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang)

Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi)
(2 petang - 3 petang)


Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang




Zoo Malam
 




Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
  • dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
  • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)




























Sekiranya berkesempatan singahlah melawat haiwan-haiwan yang terdapat disini.

Bila Pucuk Mengenal Akar...


Bangsa Melayu sesungguhnya kaya dengan Budaya dan kesenian yang menjadi identiti dan lambang kepada keagungan bangsa. Sayang seribu kali sayang budaya dan kesenian Melayu semakin dilupakan. Kini telah banyak rumah Tradisional Melayu yang dimusnahkan. Rumah kayu dirobohkan menjadi rumah yang dibina daripada konkrit batu. Tak siapa yang sedar, tak siapa perduli dan tak siapa yang sudi memahami bahkan memperjuangkan nilai-nilai bangsa.


22 Januari 2012,


2.15 petang


Satu penerokaan yang terdiri daripada empat orang anak muda yang merupakan siswa-siswi daripada UiTM Segamat mengambil kesempatan mencari jadi diri Melayu dalam diri masing-masing






2.30 petang


Kajian dan penyelidikan dijalankan bagi menyelongkar sasiah Melayu, Tradisi dan Budaya. Kajian dijalankan disalah sebuah rumah tradisional yang terdapat di Melaka.


Lokasi : Rumah Warisan Rabiah Mat, Klebang Besar Melaka.




Di sini cerita bermula....



 











9.00 malam
Kami pulang membawa maklumat dan informasi untuk dikongsikan bersama yang lain. Pelbagai kesedaran dan pengetahuan kami perolehi. 


Kesimpulannya... tak kenal maka tak cinta.... tak cari mana nak tahu....
Sekian....


Ayuh Sayang Kita Berdondang....



Rumah Warisan Rabiah Mat yang terletak di Klebang Besar ini pernah dipilih sebagai lokasi pengambaran beberapa buah Video Klip lagu artis-artis terkemuka negara. Pada tahun 1999 Rumah Warisan Rabiah Mat ini pernah menjadi lokasi pengambaran video klip lagu berjudul "joget Dondang Sayang" yang dinyanyikan oleh Ratu Etnik Negara iaitu Noraniza Idris. Selain itu rumah ini juga pernah dijadikan lokasi pengambaran video klip lagu penyanyi Sheqal yang merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu balada nusantara.

Hal ini sememangnya membuktikan bahawa Rumah Warisan Rabiah Mat ini berpotensi untuk dikomersialkan. Keunikkan dan nilai kesenian yang terdapat pada rumah ini telah menjadikan rumah ini sebagai salah satu lokasi menarik dan unik untuk dilawati dan dihayati.



Friday, February 24, 2012

"Takkan Hilang Melayu Di Dunia"

Bangsa Melayu terkenal dengan ketinggian dan keunikkan seni binanya. Antara hasil-hasil tangan dan idea kreatif masyarakat Melayu terdahulu yang masih boleh dibanggakan sehingga ke hari ini ialah keunikan rumah tradisionalnya yang mempamerkan ciri-ciri budaya dan ketamadunan bangsa. Di Melaka keunikan seni bina rumah tradisionalnya telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Rumah Warisan Klebang merupakan di antara salah satu rumah tradisional Melaka yang memiliki keunggulan seni bina dan kehalusan seni yang boleh dibanggakan. Rumah yang diwariskan oleh Allahyaharmah Rabiah Mat secara turun-temurun kepada anak dan kemudiannya bakal diturunkan kepada cucuanda Allahyaharmah telah menjadi salah satu daripada identiti masyarakat Melayu Melaka yang telah berkurun lamanya bertapak di bumi Melaka dan sekaligus mencipta tamadun awal masyarakat Melayu Melaka.




Sunday, February 12, 2012

"Ombak Berbisik Nyiur Melambai"

Lokasi pelancongan terdekat yang terdapat berhampiran dengan rumah warisan Klebang ini ialah Pantai Klebang yang popular sebagai lokasi mandi-mandi dan aktiviti riadah masyarakat setempat mahupun pengujung luar yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai keseronokkan  bermandi-manda di Pantai Klebang yang memiliki keindahan dan keunikan. Terdapat juga gerai-gerai yang dibuka bagi tujuan menjual layang-layang kepada para pengunjung yang ingin merasai pengalaman menaikkan layang-layang. Pantai Klebang sememangnya sesuai sebagai lokasi riadah yang boleh dijadikan sebagai salah satu daya tarikan yang unik terdapat di Bandaraya Bersejarah ini. Angin kencang dan adakalanya mendayu-dayu sesuai dijadikan medan bagi pengemar layang-layang menaikkan layang-layang mereka. Pantai Klebang biasanya sentiasa dipenuhi dengan pengunjung setiap hari terutamanya pada hujung minggu. Pengunjung juga gemar mengunjungi pantai Klebang pada waktu malam bagi tujuan  merasai angin bayu laut yang bertiup dari arah Laut Cina Selatan.