Tentang Pemilik


Rumah tradisional Melaka ini terletak di Klebang Besar yang berhampiran dengan Pantai Klebang. Ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Rumah ini diduduki oleh Hj.Mat Bin Hj. Abbas iaitu generasi yang pertama yang mereka bentuk dan mengubahsuai rumah ini. Allahyarham Hj.Mat bekerja sebagai Renjer di Jabatan Perhutanan. Maka beliau sangat pakar dengan pemilihan kayu untuk rumah warisan ini. Ia merupakan rumah klasik dan tradisional yang berada di Melaka. Lepas beberapa tahun, rumah ini diambil alih oleh anaknya Allahyarhamah Rabiah Binti Mat selepas Hj.Mat meninggal dunia. Rumah ini terus diwarisi sehingga kini iaitu generasi ketiga.


Allahyarhamah Rabiah Binti Mat dilahirkan pada tanggal 9 Ogos  1936 dan meninggal pada sekitar tahun 2011. Allahyarhamah meninggalkan 9 org cahaya mata. Rumah tradisional yang sehingga kini kukuh berdiri ini diambil alih dan diduduki oleh anak Allahyarhamah Rabiah Binti Mat iaitu Amilah Bt.Hj Majid, Rohaya Bt. Hj.Majid dan Aishah Bt.Hj. Majid. Rumah ini masih dijaga rapi oleh mereka untuk memastikan rumah warisan ini teguh dan kekal sehingga ke generasi seterusnya.


No comments:

Post a Comment