Seterika
ini diperbuat daripada tembaga. Pemegangnya diperbuat daripada kayu.
Mengunakan bara (arang ataupun sabut kelapa) sebagai bahan bakar utama.
Digunakan untuk menggosok pakaian. Menurut pemilik rumah warisan ini, seterika ini telah menjadi salah satu koleksi barang-barang lama yang diwarisi dari nenek moyang terdahulu lagi.
JAM DINDING ANTIK
Jam dinding antik ini diperbuat daripada kayu. Menurut pemilik rumah warisan, jam antik ini telah melekat pada dinding rumah warisan ini sejak daripada dahulu. Berkemungkinan jam ini dibeli oleh pemilik rumah terdahulu pada awal 1920an. Memiliki 2 kunci jam yang diperbuat daripada kayu. Walaupun telah tidak boleh digunakan jam ini masih lagi disimpan sebagai salah satu khazanah klasik di dalam rumah ini.
PETI TELEVISION
Peti television lama yang masih lagi terdapat di dalam rumah ini merupakan salah satu bentuk atau model terawal television yang terkenal di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Tayangan rancangannya melalui kaca skrin hitam putih. Television ini sudah tidak boleh digunakan namun masih disimpan sebagai koleksi antik pemilik rumah.
RADIO PIRING HITAM
Piring Hitam |
Antara radio terawal yang terdapat di Tanah Melayu. Memutarkan lagu melalui piring hitam.
BEG PETI
(Beg Peti Kayu (atas), Beg Peti Besi (Bawah) |
MANGGA PINTU
Mangga Pintu ini masih lagi terdapat pada salah satu pintu di dalam rumah warisan ini. Menurut pemilik rumah warisan, anak kunci mangga ini telah hilang dan ianya masih dibiarkan tergantung pada pintu.
PENAPIS AIR
Penapis air ini boleh menapis air yang keruh menjadi jernih. Menurut pemilik rumah warisan, penapis air ini digunakan oleh keluarganya bagi menapis air telaga sebelum digunakan. Hal ini berikutan kerana tiada bekalan air yang disalurkan pada suatu masa ketika dahulu. Penapis air ini boleh diibaratkan sebagai batu mineral yang mampu mengubah kemikal-kemikal yang terkandung dalam air dan dalam masa yang sama mempengaruhi kejernihan air.
Merupakan
bekas menyimpan padi pemilik rumah pada suatu masa dahulu. Kebiasaannya
Kui dibina berhampiran dengan rumah. Kui di rumah warisan ini terdapat
berhampiran dengan sisi rumah. Menurut pemilik rumah warisan Kui ini
telah tidak digunakan lagi namun binaannya masih dikekalkan dikawasan
rumah.
BATU KISAR
Batu kisar ini
diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu
ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar
dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu pula mempunyai alur dan
muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan
untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan
sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih.
Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk
ubat-ubatan tradisional. Batu kisar yang terdapat dirumah ini merupkan milik keluarga pemilik rumah warisan kini. Batu ini masih lagi disimpan sebagai salah satu koleksi barangan lama.
TEMPAYAN
Tempayan ini diperbuat daripada tembikar. Digunakan untuk menyimpan air ataupun barangan seperti beras dan pelbagai. Menurut pemilik rumah warisan tempayan ini telah lama berada di rumah ini. Tempayan ini dianggarkan telah berusia ratusan tahun dan masih lagi boleh digunakan.
KUALI TEMBAGA
Kuali
yang diperbuat daripada tembaga ini biasanya digunakan sebagai bekas
memasak lauk-pauk pada majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan
keramaian-keramaian yang lain. Teknik yang digunakan untuk proses ini
ialah teknik acuan. Sejak dahulu lagi, kuali tembaga sering mendapat
perhatian daripada pelbagai golongan termasuklah golongan bangsawan yang
lain, namun kini, penggunaanya semakin meluas dan tidak hanya tertumpu
kepada sesuatu golongan sahaja. Menurut pemilik rumah kuali tembaga ini telah lama berada di dalam rumah warisan. Menurut beliau lagi kuali ini telah diwarisi oleh ibunya daripada arwah nenek.
LESUNG TANGAN
AL-QURAN LAMA
Al-Quran ini merupkan kitab lama yang masih terdapat di
rumah warisan. Menurut pemilik rumah warisan, al-quran ini dikatakan
telah berusia lebih daripada 100 tahun.
Terdapat pelbagai koleksi barangan tembaga yang terdapat di rumah ini. Antaranya dulang tembaga yang dahulunya digunakan untuk menghidang makanan. Terdapat juga pencetak kuih bahulu yang juga diperbuat daripada tembaga. Menurut pemilik rumah warisan barangan tembaga ini diperolehi dari nenek moyang dan masih lagi disimpan sehingga ke hari ini.
LAMPU DINDING GASOLIN
Lampu
yang terlekat pada salah satu tiang di dalam rumah warisan ini
merupakan salah satu daripada keunikan yang terdapat dalam rumah ini.
Lampu yang mengunaka minyak tanah sebagai bahan bakar ini diperbuat
daripada kaca tahan haba yang memiliki ukuran yang unik dan berseni.
Menurut pemilik rumah warisan lampu ini telah digunakan sebelum
kedatangan elektrik dirumah mereka. Lampu ini masih lagi dibiarkan
disini walaupun bekalan elektrik telah dibekalkan di rumah ini.
KAKI BUNGA
Kaki bunga lama ini masih lagi terdapat di perkarangan rumah warisan dan ianya masih lagi digunakan. Kenunikan kaki bunga ini menjadi salah satu tarikan pengunjung kerumah ini. Menurut pemilik rumah warisan kaki bunga ini berkemungkinan berusia lebih daripada 100 tahun.
ALMARI SOLEK
Almari solek ini telah berada di dalam rumah warisan ini sejak rumah ini diambil alih oleh anakanda pembina asal rumah ini. Almari solek ini sangat unik kerana memiliki ukiran yang sangat menarik dan berseni. Terdapat ruang menyimpan pakaian pada bahagian bawah almari. Cermin terdapat dibahagian atas berserta dengan para untuk meletak barangan. Terdapat laci pada bahagian tengah almari. Menurut pemilik rumah warisan pihak muzium pernah datang untuk membeli almari ini namun pemilik rumah enggan kerana almari ini merupakan antara barangan warisan keluarganya.
BAKUL SIA
Boleh saya pohon izin menyalin foto dan kredit akan diberikan kepada page ini?
ReplyDelete