Seni Bina

"Keunikkan Itu Lambang Keagungan"


Keunikan rumah ini menjadi lambang kepada masyarakat melayu Melaka. Senibina yang unik dan ukiran yang menarik menjadi daya tarikan untuk pelancong atau penyelidik untuk mengetahui maksud yang tersirat disebalik ukiran itu. Setiap ukiran pada rumah itu mmpunyai maksud yang tersendiri. Konsep Seni Bina Rumah Melayu Melaka meliputi susun atur serta reka bentuk Rumah Melayu Melaka. Ia jua mempunyai ruang-ruang di setiap ruang yang ada di dalam rumah tersebut. Pada masa ini, kebanyakan rumah sudah diubahsuai dan terdapat sedikit ciri-ciri rekabentuk yang lama. Pada masa yang sama, kerjaaan Negeri Melaka juga mengambil langkah untuk mempelihara keunikan ini dengan memberi sumbangan dan dana untuk terus mengekalkan rumah tersebut. Namun rumah warisan Rabiah Mat ini tidak mendapat sebarang dana sebaliknya dengan usaha dan mengeluarkan kos sendiri untuk mengekalkan sedikit sebanyak reka bentuknya.




Rumah warisan Allahyarhamah Rabiah Mat di Kelebang Besar mempunyai struktur binaan yang menggunakan sumber daripada kayu untuk membuat tiang, dinding, pintu, tingkap dan beberapa bahagian lain. Penggunaan bahan dari konkrit pula di bahagian tangga, batu alas dan ada juga sesetengah di bahagian lantai. Rumah ini menggunakan bahan daun rembia yang dikeringkan sebagai atap pada suatu ketika dahulu. disebabkan sudah lama, tuan rumah telah menukarnya pada atap zink. Keadaan dan suasana agak panas kerana menggunakan atap zink berbanding dahulu sejuk kerana menggunakan daun rembia.



Selain itu, di bahagian tangga pula diperbuat daripada bahan konkrit serta diserikan lagi dengan hiasan jubin (tiles) pada permukaan sisi tangga.Batu alas yang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi memberi perlindungan kepada sktruktur kayu darpada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak. Ia sangat cantik dan unik kerana hanya di Melaka, rumah tradisional mempunyai tangga berhias. Di rumah warisan ini, tngganya kelihatan sedikit rosak kerana jubin-jubin yang mempunyai nilai dipasaran yang mahal itu dicuri dan dikopak oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya mahu memperbaiki dan menambah jubin tersebut perlulah mempunyai kos yang tinggi.




Bahagian loteng rumah yang unik. Menurut pemilik rumah loteng ini dahulunya menjadi bilik tidur penghuni rumah, namun itu ketika atapnya daripada daun rumbia. Kini oleh kerana keadaan cuaca yang panas dan mengikut kesesuaian semasa keadaan loteng ini tidak sesuai dijadikan bilik tidur kerana suhu panas pada waktu siang berikutan atapnya telah ditukar.





Ukiran pada salah satu daun pintu yang terdapat didalam rumah warisan ini dikatakan diukir sendiri oleh pemilik awal rumah. Pintu ini diperbuat daripada kayu belian yang utuh dan kukuh. Pintu ini sangat unik kerana tidak mengunakan ensel.











Ukiran yang terdapat pada atap rumah warisan ini memiliki ukiran yang bermotifkan flora.







Tangga yang dibina untuk naik ke loteng rumah. Tangga ini dibina agak curam dan tidak terlalu condong agar dapat menjimatkan ruang dalam rumah warisan. 






Rumah ini dibana tanpa paku. 

Kayu pada dinding serambi yang terdapat pada rumah ini. Kayu disusun bersilang agar dapat memberi pengudaraan kedalam kawasan rumah dan dalam masa yang sama menjadi salah satu keunikkan yang terdapat pada rumah ini.


Serambi rumah yang menjadi identiti rumah tradisional Melayu Melaka masih lagi terdapat dirumah ini. Pada asalnya serambi rumah ini panjang namun diubah suai mengikut keaadaan. Hal ini kerana pembangunan memaksa pemilik rumah mendindingkan sebahagian serambi yang terdapat di ruang depan rumah ini.



Untuk struktur binaan badan rumah pula menggunakan kayu jati sebagai pasak. Ini untuk mengukuhkan lagi struktur rumah tersebut. Pemilihan kayu itu dipilih oleh sendiri bapa Allahyarhamah Rabiah Mat iaitu Allahyarham Hj. Mat kerana beliau mempunyai kepakaran untuk memilih kayu. Beliau merupakan forest di Jabatan Perhutanan Melaka.  Binaan rumah yang tidak memerlukan paku atau sebarang bahan lain adalah sangat mengujakan kerana hanya memerlukan pasak untuk menyambung struktur-skruktur pada setiap bahagian rumah.


Rumah ini sekarang sudah diubahsuai menjadi lebih besar pada bahagian belakang rumah. Di hadapan seperti rumah melayu melaka, manakala di belakang strukturnya menggunakan batu bata. Namun, keunikan itu masih ada dan ia menjadi tarikan untuk pelancong atau penyedilik datang ke rumah ini.

1 comment: